Insane


Menurut ijma' (kata sepakat) ahli
sunnah wal jama'ah, Hazrat Abu
Bakar r.a ialah lelaki yang paling
afdal selepas para nabi a.s.
Kedudukan beliau sebagai ahli
syurga sudah pasti. Nabi sendiri
pernah memberi berita gembira
kepada beliau tentang
kedudukan beliau di dalam
syurga. Bahkan diberitahu
bahawa beliau akan menjadi
ketua kepada satu kumpulan ahli
syurga. Semua pintu syurga akan
menyeru dan memanggil nama
beliau.
Baginda pernah bersabda, "Abu
Bakar ialah orang yang mula-
mula sekali akan memasuki
syurga di kalangan umatku."
Walaupun mempunyai segala
kelebihan ini, kadang-kadang
beliau berkata. "Alangkah baik
andainya aku sebatang pokok
yang akan ditebang."
Kadang-kadang beliau berkata.
"Alangkah baiknya jika aku
sehelai rumput yang akan
dimakan oleh haiwan temakan."
Kadang-kadang beliau berkata.
"Alangkah baiknya jika aku
sehelai bulu di badan seorang
mukmin."
Pada suatu ketika beliau telah
memasuki satu kebun dan
melihat seekor haiwan sedang
duduk. Beliau menghela nafas
panjang sambil berkata, "Betapa
gembira hidupmu. Kamu makan,
kamu minum. kamu ke sana dan
ke mari di bawah naungan
pokok-pokok dan di akhirat
nanti tiada sebarang
penghisaban pun ke atasmu.
Alangkah baiknya kalau Abu
Bakar seperti kamu." [Tarikhul
Khulafa']
Hazrat Rabi'ah Aslami r.a
menceritakan, "Pernah sekali
berlaku pertengkaran antara
saya dengan Hazrat Abu Bakar r.a
kerana sesuatu perkara. Beliau
telah mengatakan sesuatu yang
kasar terhadap saya yang saya
tidak suka. Beliau segera
menyedari keadaan itu dan
berkata kepada saya, "Engkau
pun katakanlah perkataan itu
kepada saya supaya menjadi
balasan terhadap saya.
Saya enggan mengatakan
perkataan itu. Maka beliau pun
berkata, "Sama ada engkau
katakan perkataan itu kepada
saya atau pun saya akan pergi
dan ajukan perkara ini kepada
Rasulullah s.a.w,
Saya tetap enggan daripada
menyuarakan sebarang jawapan.
Lantas beliau telah bangun dan
terus pergi. Beberapa orang
daripada Banu Aslam datang dan
berkata, "Adakah ini satu
perbuatan yang wajar? Dia yang
membuat kesilapan dan dia juga
yang Ingin adukan kepada
Rasulullah s.a.w"
Saya menjawab, "Adakah kamu
mengetahui siapa beliau?
Beliaulah Hazrat Abu Bakar
Siddiq: Sekiranya beliau merajuk
denganku maka Rasul yang
dikasihi Allah s.w.t juga akan
memarahi aku. Dengan
kemarahan Baginda s.a.w, Allah
s.a.w juga akan memurkai aku.
Jika demikian, tidak ada apa-apa
keraguan lagi pada kebinasaan
Rabi'ah."
Selepas itu saya pergi menemui
Rasulullah dan menceritakan
peristiwa tadi. Baginda s.a.w pun
bersabda, "Tindakan kamu itu
betul, memang sepatutnya
engkau tidak menjawab dan
tidak membalas terhadap, beliau.
Cuma sebagai ganti katakanlah,
"Wahai Abu Bakar, semoga Allah
mengampuni kamu."
Keterangan
Demikian itulah sifat ketakutan
Hazrat Abu Bakar r.a kepada Allah
s.a.w. Beliau begitu risau dan
mengambil berat tentang satu
perkataan yang remeh sehingga
pada mulanya beliau sendiri yang
meminta supaya dibalasi dan
kemudian dengan perantaraan
Rasulullah s.a.w, beliau ingin
supaya Hazrat Rabi'ah r.a
mengambil tindakan balas. Pada
hari ini, sungguhpun banyak
perkataan yang kita ucapkan
antara satu sama lain namun kita
tidak pun terfikir yang kita akan
dibalasi atau pun kita akan
dihisab di akhirat nanti.